Enam Soalan
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati".Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, Manusia dengan mudahnyanya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Perjuangan belia dalam memartabatkan kedaulatan dan keamanan negara merupakan satu usaha yang berterusan serta dinamik sejajar dengan kehendak negara dan tuntutan agama.
Selasa, 29 Disember 2009
Isnin, 28 Disember 2009
KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:

IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN
ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA
MUQADDIMAH
Maksud hadith;
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh"
(Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)
Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.
Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu ketika itu dengan kemampuan yang sedikit, telah berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Singapura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedilan peluru, cota tentera British dan sebagainya bagi menghalang mereka…
Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (kenyataan Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telah pun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara
Apa pendirian kita…?
LATAR BELAKANG
1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya.
2. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.
3. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.
AZLINA JAILANI @ LINA JOY?
1. Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.
2. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.
3. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
4. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
5. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.
6. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.
7. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.
FAKTA KES
1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
2. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.
3. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
5. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
6. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
7. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
10. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia penghujahan yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.
IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"
Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampaui batas pemikiran kita…!
1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
a. Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solat yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
b. Semua badan-badan Islam tidak relevant lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.
MENGAPA KES LINA JOY?
1. Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah diheboh-hebohkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
2. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
3. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
4. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.
5. Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.
6. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
7. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar di dunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
8. www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my, www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
9. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;
Malaysian Bar Council
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)
10. Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian mereka bahawa agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan. Mereka membentangkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
11. Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
12. Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
13. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;
“…it is time that we must knock into the heads of Malasy that our country Malaysia has never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just subservient to constitution…”
TINDAKAN SEGERA
Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;
1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden Majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;
Isu secara langsung seolahnya menunjukkan Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainuddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa…
2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
3. Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini;
Kes ini adalah kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my
Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tentang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.
Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir
5. Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.
6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
7. Paling kurang 100,000 risalah akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.
8. Solat Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
10. Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan keputusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.
11. Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasuklah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
12. Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
13. Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera.
14. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;
peguampembelaislam@yahoogroups.com
PENUTUP
Saudara sekalian, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…
Fikir & bertindak. Wassalam.

Kes Subashini lawan Saravanan
Kes Subashini lawan Saravanan
Kes Subashini v Saravanan membuka sekali lagi lembaran baru pertembungan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di negara ini.
Secara ringkasnya fakta kes ini adalah seorang wanita Hindu, Subashini Rajasingham telah berkahwin dengan seorang lelaki Hindu bernama Saravanan Thangathoray pada tahun 2001, Hasil perkahwinan mereka terdapat dua orang anak iaiti Dharvin Joshua berumur 3 tahun dan Sharvind berumur 1 tahun. Saravanan kemudiannya telah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya Muhammad Shafi.
Memandangkan isterinya kekal dalam agama Hindu, Muhammad Shafi tidak mempunyai pilihan selain daripada pergi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan perintah pembatalan perkahwinannya dengan isterinya yang masih beragama Hindu.
Menurut undang-undang Islam, perkahwinan Muhammad Shafi adalah dikira terbatal secara automatik apabila beliau memeluk Islam tatkala isterinya enggan masuk Islam dan kekal dalam agama Hindu. Bagaimanapun di dalam undang-undang yang sedia ada Muhammad Shafi perlu mendapatkan perintah Mahkamah terlebih dahulu bagi membatalkan perkahwinannnya dengan bekas isterinya tersebut kerana Seksyen 46 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa:
"Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk satu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan demikian oleh Mahkamah."
Muhammad Shafie tidak mempunyai pilihan selain daripada pergi ke Mahkamah Syariah kerana meskipun perkahwinannya dengan bekas isterinya dikawal oleh Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (selepas ini dirujuk sebagai Akta tersebut), Akta tersebut sendiri menghalang Muhammad Shafie untuk memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Tinggi (Sivil) kerana berdasarkan seksyen 51 Akta tersebut diperuntukkan:
"Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam maka pihak yang satu lagi yang tidak masuk Islam boleh mempetisyen untuk penceraian”
Berdasarkan seksyen 51 Akta tersebut adalah jelas Muhammad Shafie dihalang oleh undang -undang sivil sendiri untuk memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Sivil.
Seksyen 51 digubal di atas falsafah bahawa memasuki agama Islam dikira satu kesalahan matrimonial dan yang demikian pihak yang masuk Islam dinafikan haknya untuk mendapatkan remedi di Mahkamah Sivil.
Di dalam kes Pedley v Majlis Agama Islam, Pulau Pinang (1990) 2 MLJ 307 Y.A Hakim Wan Adnan menyatakan bahawa "satu perkahwinan bukan Islam tidak dibubarkan apabila satu pihaknya memeluk Islam. Ia hanya memberi alasan kepada satu pihak satu lagi yang tidak masuk Islam untuk memfailkan petisyen penceraian (di Mahkamah sivil). Meskipun di dalam kes tersebut Kadi Besar memutuskan bahawa perkahwinan di dalam keadaan tersebut akan dibubarkan mengikut undang -undang Islam, Hakim Wan Adnan menyatakan " pernyataan Kadi Besar itu tidak akan menjejaskan keadaan Plaintif di dalam pandangan undang-undang peribadinya dan undang-undang sivil negara."
Kesan ketara seksyen 51 dalam konteks kes ini adalah perkahwinan antara Muhammad Shafie dan Subashini akan terus wujud selagi mana Subashini tidak memfailkan petisyen penceraiannya di Mahkamah Tinggi dan ini mendatangkan satu ketidakadilan kepada pihak yang masuk Islam.
Meskipun di dalam kes ini Muhammad Shafi telah mendapatkan perintah pembubaran perkahwinannya dengan Subashini di Mahkamah Syariah namun ianya tidak berkesan membubarkan perkahwinannya ke atas Subahsini, Ini kerana menurut seksyen 4 atau 8 Akta tersebut perkahwinan tersebut , jika sah hendaklah berterusan sehingga dibubarkan:
( a ) dengan kematian salah satu pihak;
( b ) dengan perintah sesuatu Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak ; atau
( c ) dengan dikri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu Mahkamah
"Mahkamah" di dalam seksyen tersebut ditakrifkan sebagai Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Tinggi.
Di dalam kes ini bagaimanapun Subashini telah memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membubarkan perkahwinannya dengan Muhammad Shafi . Sebelum petisyen penceraian tersebut didengar, Subahsini telah membuat permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi bagi:-
a. Menghalang Muhammad Shafi mengislamkan anak –anak mereka;
b. Menghalang Muhammad Shafi untuk memulakan atau meneruskan prosiding berhubung dengan perkahwinan mereka dan anak-anak mereka di Mahkamah Syariah.
Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan injunksi tersebut meskipun pada awalnya membenarkan injunksi diberikan secara ex parte telah membatalkan perintah injunksi tersebut atas alasan-alasan berikut:-
a. Injunksi tidak boleh diberikan ke atas apa-apa prosiding di Mahkamah Syariah di bawah seksyen 54 (b) Akta Relif Spesifik 1950 kerana Mahkamah Syariah bukan Mahkamah yang lebih rendah daripada Mahkamah Tinggi;
b. "Subject matter" bagi permohonan injunksi tersebut adalah termasuk dalam perkara yang berkaitan undang-undang Islam maka berdasarkan Perkara 121 (1A) Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut.
Subashini telah memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Rayuan dua orang Hakim ( Hakim Dato' Suriyadi dan Dato" Hassan Lah ) telah memutuskan menolak rayuan Subashini manakala Hakim Gopal Sri Ram memberikan keputusan yang menentang (dissenting judgment).
Keputusan Mahkamah Rayuan khususnya keputusan Hakim Dato' Hassan Lah telah dikritik secara bertalu-talu oleh pihak bukan Islam dan juga sesetengah orang Islam sendiri kerana Hakim tersebut telah memberikan satu pandangan bahawa Subashini masih mempunyai peluang ( recourse ) untuk pergi ke Mahkamah Rayuan Syariah jika beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah kerana di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan)1993 iaitu di bawah seksyen 53 terdapat peruntukkan yang membenarkan Mahkamah Rayuan Syariah untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan permohonan Muhammad Shafie.
Yang Arif Hakim Hasan Lah di dalam penghakimannya menyatakan " I think the wordings in that section (section 53) is wide enough to enable the wife to apply to the Syariah Appeal Court to exercise its supervisory and revisionary powers to make the ruling on the legality of the husband's application and the interim order obtained by the husband on the ground that the Syariah Court had no jurisdiction over the matter as she is not a person professing a religion of Islam. The wife could have done that rather than asking the Civil Court to review the Syariah Court's decisions".
Kritikan yang dibuat oleh pihak-pihak bukan Islam adalah Mahkamah Syariah tidak layak sama sekali mengadili orang bukan Islam dan cadangan Dato Hasan Lah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya ke atas orang Islam sahaja.
Kritikan tersebut secara jelas mengabaikan atau mengenepikan perkara -perkara berikut:-
a. Cadangan Hassan Lah adalah bagi memberikan ruang untuk Subashini mendapatkan peluang untuk meminta Mahkamah Rayuan Syariah , sekiranya beliau tidak berpuashati , melihat atau menyemak legaliti keputusan Mahkamah Tinggi Syariah. Dalam melakukan hal tersebut Subashini hanya perlu menulis surat kepada Mahkamah Rayuan Syariah untuk meminta Mahkamah Rayuan Syariah menyemak kembali keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan permohonan Muhammad Shafi
b. Tidak langsung membicarakan peruntukkan seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Penceraian ) 1976 yang menghalang sama sekali Muhammad Shafi memfailkan penceraiannya dan mendapatkan perintah-perintah yang berkaitan (ancillary orders) di Mahkamah Sivil yang mana seksyen 51 ini adalah satu diskriminasi yang ketara ke atas orang Islam dan boleh dihujahkan bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan persamaan di sisi undang-undang (equality before the law).
c. Memaksa untuk Muhamad Shafie untuk tunduk dan menyerah diri kepada bidangkuasa Mahkamah Sivil ke apabila Muhammad Shafie dijadikan Responden di dalam petisyen penceraian yang difailkan oleh Subahshini di bawah seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 sedangkan berdasarkan seksyen 3 (3) Akta tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa Akta tersebut tidak terpakai kepada orang Islam tetapi enggan mengarahkan Subashini untuk tunduk kepada Mahkamah Syariah bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah.
d. Tidak langsung mengambil kira kritikan Hakim Dato Suriyadi di dalam penghakimannya kepada pihak-pihak yang menjadi pemerhati di dalam kes tersebut seperti Sisters In Islam, Woman's Aids Organization (WAO), Woman's Centre for Change (WCC), Bar Council dan yang lain yang meskipun diberi peluang untuk mengemukakan hujah mereka telah tidak membuat persiapan yang mencukupi (ill prepared) di dalam mengemukakan hujah bagi membantu Mahkamah. Hakim Dato Suriyadi menyatakan " Well-intentionned third parties, championing certain views did not contribute much to the proceeding before us due to their ill preparedness."
Kesimpulannya kes Subahsini ini merupakan satu lagi plot baru pihak-pihak tertentu memanipulasi keadaan bagi mewujudkan satu rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam khususnya terhadap peranan Mahkamah Syariah dan perlaksaaan undang-undang Islam di negara ini. Dalam banyak keadaan isu-isu seperti ini disensasikan dengan diputarbelikan atau disembunyikan fakta atau isu yang sebenar.

pengasas 4 mazhab
PENGASAS MAZHAB HANAFI�IMAM ABU HANIFAH (80-150 H / 699-767 M)
Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid b Abd Malik. Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim iaitu seorang ulamak yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w, seperti dari Anas b. Malik, Abdullah b. Aufa, Abu Tufail b. Amir dan ramai lagi. Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadis. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ulama yang terkenal pada waktu itu iaitu Humad b. Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Mekah pula. Di sana beliau berguru dengan salah saorang murid Abdullah b. Abbas r.a. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jawatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan kerana penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan diperkuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Diantara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.
PENGASAS MAZHAB MALIKI�IMAM MALIK B ANNAS (93-179 H / 172-258 M)
Imam Malik b Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafal Al Quran dan ibunya sentiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mula belajar dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribiah dan mendalami ilmu Hadis dari Ibnu Syihab disamping mempelajari ilmu Fiqh daripada para sahabat. Kerana ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan sekalian para para ulama sebelum mengeluarkan sesuatukan fatwa. Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadis dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya semula tidak satu baris pun yang dilupainya. Beliau berkata : Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang takwa dan khusyuk. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan katanya. Sebaik-baik perkerjaan ialah yang jelas, jika salah satu dirinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yg lebih yakin menurut perkiraanmu. Antara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha iaitu sebuah kitab Hadis dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usaha 86 tahun.
PENGASAS MAZHAB SYAFIE�IMAM MUHAMMAD B IDRIS ASY SYAFIE AL QURAISYI(150-240 H / 717-820 M)
Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan di besarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis dari ulamak hadis yang terdapat di Mekah ketika itu. Pada usaha yang masih kecil lagi beliau telah menghafal Al-Qur'an. Pada usianya 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Al Rashid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. Pada tahun 198H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Um, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Figh. Adapun dalam menyusun Usul Fiqh Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelupuri penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat disana.
PENGASAS MAZHAB HAMBALI�IMAM AHMAD B. HAMBAL (164-241 H / 780-855 M)
Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hambal b. Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam yatim oleh ibunya. Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukan sifat dan peribadi yang mulia. Sehingga menarik minat ramai terhadapnya, serta amat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al Quran, Bahasa Arab, Hadis, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalamkan ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam As Syafie. Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Diantara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas. Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis tetapi tidak mengambilnya, kecuali yang sudah jelas sahihnya. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah `Musuad Ahmad Hambali '. Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muktasim ( Khalifah Abbasiah ) beliau telah dipenjarakan kerana tidak bersependapat dengan fahamam yang mengatakan bahawa Al Quran itu adalah mahkluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.

Bila Malaikat Mencabut Nyawa
Bila Malaikat Mencabut Nyawa
Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah s.a.w.. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah s.w.t. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah s.w.t. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat: 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah s.a.w.: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
"Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah s.w.t. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah s.w.t.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati. Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari. Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari. Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir. Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah s.w.t. mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah s.w.t. semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t. serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah s.w.t. dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Wallahu A'lam bishawab

Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar
Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar
Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati.
Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".
Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya.
Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.Lantas mereka berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."
Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)
Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.
1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera karena di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir karena suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata karena keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu karena mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan karena suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir karena suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir karena mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat karena takutkan manusia,tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia

AWAS! ARTIKEL MENGHINA ISLAM
AWAS! ARTIKEL MENGHINA ISLAM
Objektif pertama syariah ialah bagi memelihara agama Islam. Ia salah satu
daripada lima maqasid syariah. Dalam konteks sebuah negara, Islam telah
menetapkan tanggungjawab memelihara keluhuran dan kesucian agama Islam
adalah terletak di bahu pemerintah. Di sini kerajaan berperanan menjalankan
prinsip hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya (pemeliharaan agama dan
pembangunan duniawi) berteraskan siyasah syar’iyyah. Menurut Ibnu ‘Aqil;
siyasah syar’iyyah itu ialah apa jua perbuatan yang mampu mendekatkan
manusia (rakyat) kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada
kebinasaan walaupun tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW dan tidak
diturunkan oleh wahyu (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb
al-‘Alamin, j.6, hal.26)
Justeru itu dalam menangani kebobrokan serangan pemikiran yang kian
melanda umat Islam, kewibawaan pemerintah benar-benar mencabar dan
tercabar. Ia bermula apabila masyarakat moden mula memperkatakan soal
pembentukan civil society. Bagi tradisi liberal, masyarakat sivil dikaitkan dengan
pilihan, kebebasan dan tanggungjawab individu. Dalam tradisi Barat, kumpulankumpulan
sukarela, pergerakan sosial, media massa dan lain-lain institusi bukan
kerajaan dapat berfungsi tanpa kawalan kerajaan. Dengan itu, masyarakat sivil
menjadi medium bagi rakyat membahaskan apa jua isu termasuk
memperkatakan isu-isu sensitif sehingga membabitkan kesucian agama.
Dalam konteks sebuah negara Islam, sudah tentu konsep civil society yang
dicanang oleh pemikiran Barat itu menyalahi konsep kebebasan beragama dan
bersuara yang ditetapkan oleh Islam. Nilai-nilai demokrasi liberal Barat apabila
diterapkan dalam semua aspek kehidupan manusia akan menjerumuskan
manusia menjadi pengkritik yang tidak terbatas bukan sahaja dalam soal dasardasar
kerajaan malah sehingga mempertikaikan kesucian agama yang dianuti.
Itu lah kesan nilai-nilai hak asasi sekular-liberal Barat yang amat bahaya
sekiranya dibiar dan tidak diawasi oleh pihak pemerintah.
Laporan polis terhadap artikel menghina Islam
Pada 05 September 2008, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bertindak
membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK). Ia
melambangkan keprihatinan institusi Islam kerajaan terhadap sebarang unsur
yang boleh menggugat kesucian agama Islam. Artikel RPK berjuduk `I Promise
to be a good, non-hypocritical Muslim' dan `Not all Arabs are descendants of the
Prophet' dilihat mengandung unsur-unsur menghina Islam.
2
Soal sama ada tindakan membuat laporan polis itu tepat atau sebaliknya, tidak
sepatutnya timbul. Ini kerana agensi kerajaan bertindak berasaskan kuasa dan
undang-undang yang wujud. Undang-undang perlu ditegakkan tatkala tabiat
manusia tidak lagi terkawal sehingga memudaratkan manusia yang lain
(maslahah ‘ammah). Apa lagi ia membabitkan ancaman pemikiran. Ia perlu
disekat dengan segera. Iqamat al-hujjah (alasan pertuduhan) sememangnya
patut dilakukan tetapi perlu berlandaskan undang-undang. Bukankah kes
menghina dan mempertikaikan agama adalah satu jenayah menurut Islam. Ia
bukan soal khilafiyyah yang boleh dikompromi. Oleh itu, iqamat al-hujjah
tempatnya ialah di mahkamah. Iqamat al-hujjah bukan bermakna debat sekadar
menentukan kalah atau menang.
Sejarah Islam sendiri telah membuktikan bagaimana para khalifah Islam pernah
mengharamkan bahkan bertindak tegas terhadap pembawa pemikiran yang
menyeleweng daripada aqidah Ahli Sunah Waljamaah. Sebagai contoh Ma'bad
al-Juhani pengasas mazhab Qadariyyah telah dihukum bunuh oleh Khalifah
Abdul Malik pada tahun 80 hijriyyah. Pada zaman itu juga Imam Hassan al-Basri
telah mengeluarkan fatwa menegah orang ramai menghadiri majlis yang
dipimpin oleh Ma'bad al-Juhani sambil menyifatkan dia adalah seorang yang
sesat lagi menyesatkan.
Seorang lagi pengikut mazhab Qadariyyah yang dihukum mati adalah Ghailan al-
Dimasyqi iaitu pada zaman Khalifah Hisham bin Abdul Malik. Pada zaman
Khalifah Hisham juga baginda telah menjatuhkan hukuman yang sama ke atas
pembawa mazhab Jabariyyah iaitu Ja'd bin Dirham pada tahun 120 hijriyyah.
Jaham bin Safwan, iaitu murid kepada Ja'd bin Dirham juga menerima nasib
yang sama apabila dia juga dijatuhi hukuman bunuh pada zaman Bani Umayyah
atas arahan Gabenor Khurasan pada tahun 128 hijriyyah.
Pada zaman ini pula, menjadi suatu kebiasaan bagi institusi agama berautoriti
mengeluarkan arahan pengharaman buku-buku tertentu demi menjaga kesucian
pemikiran umat Islam. Sebagai contoh Institut Kajian Islam Universiti al-Azhar
yang dipimpin oleh Syeikh al-Azhar sendiri telah banyak kali mengeluarkan
keputusan-keputusan rasmi mengenai pengharaman kitab-kitab tertentu yang
dilihat boleh membahayakan aqidah Islam di samping boleh memecahbelahkan
umat Islam.
`I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim'
Artikel bertarikh 7 Ogos 2008 ini ditulis oleh RPK bagi membicarakan isu
ketidakpuashatian beliau terhadap amalan Islam di kalangan umat Islam pada
hari ini. Beliau menganggap umat Islam sebagai hipokrit atau munafiq terhadap
agamanya. Bagaimanapun ungkapan-ungkapan beliau amat melampau
sehingga seolah-olah beliau bercakap bukan bagi pihak Islam. Antaranya beliau
menyebut:-
3
“Listen to how Muslims talk. They foam at the mouth in defence of Islam. They
slander and defile other religions. They declare all other religions as false and
their holy books as fakes. They profess only Islam as the true religion,
Muhammad as the final and legitimate Prophet, and the Quran as the only
authentic book still in existence. Then they do everything that Islam is against
without blinking an eyelid as if this is what God Himself prescribed”.
Jika alasan ini yang menjadi penyebab kepada sikap munafiq umat Islam, ia
bermakna RPK telah menghina ajaran Islam itu sendiri. Apa yang disebut oleh
RPK bahawa kononnya umat Islam telah memfitnah agama lain, menganggap
agama lain sebagai salah dan kitab-kitab mereka sebagai menyeleweng, hanya
Islam agama yang benar dan Nabi SAW sebagai penutup segala nabi, kesemua
ini pada asasnya ialah ajaran-ajaran Islam yang sedia termaktub di dalam al-
Qur’an dan al-Sunnah. Tiada sesiapa boleh mempertikaikannya sama ada umat
Islam atau bukan Islam. Malah umat Islam juga diperintah supaya menghormati
doktrin agama lain dan sekiranya ingin berhujah maka wajib berhujah dengan
penuh hikmah dan bijaksana.
RPK juga telah mencampuradukkan antara ajaran Islam dengan perangai buruk
segelintir umat Islam. RPK telah mengertikan fakta-fakta al-Qur’an yang
membongkar penyelewengan dalam agama lain dan kitab-kitab mereka sebagai
fitnah menerusi ungkapan beliau, “They slander and defile other religions”.
Kenyataan ini seolah-olah menyamakan al-Qur’an dengan sikap umat Islam
yang terlibat dengan perbuatan fitnah-memfitnah. Ini suatu provokasi terhadap
ajaran Islam dan bukan ke atas tabiat buruk umat Islam, sedangkan kemunafikan
itu timbul daripada sahsiah atau individu Islam sendiri. Ia tiada kena mengena
dengan ajaran suci Islam.
Menafikan kewajipan bertudung
Dalam artikel terbaru bertarikh 7 September 2008, RPK menulis artikel bertajuk
‘The Great Tudung Debate’. Artikel ini menukilkan beberapa jawapan yang ditulis
oleh sahabat beliau berkenaan hujah bahawa pemakaian tudung hanya
dikhususkan buat isteri Nabi SAW. Sebelum ini RPK telah menulis sebuah artikel
lain bertajuk ‘Inventing new religious rituals’. Dalam artikel ini RPK membuat
kenyataan berikut, “Apparently, the tudung was 'decreed' for only the Prophet's
wives and not for all women…”. Bagi mengukuhkan lagi dakwaan ini RPK
mengemukakan emel sahabatnya di dalam artikel ‘The Great Tudung Debate’
untuk menghujahkan bahawa bertudung hanya wajib buat isteri-isteri Nabi SAW
sahaja malah sama sekali tidak wajib buat wanita lain!
Antara hujah yang digunakan oleh sahabat RPK ialah seperti berikut:-
“O Prophet! Tell thy wives and thy daughters and the women of the believers to
draw their cloaks close round them (when they go abroad). That will be better, so
4
that they may be recognised and not annoyed. Allah is ever Forgiving, Merciful."
Surah Al-Ahzab (33), verse 59.
Comment : Firstly, see the words 'so that they may be recognised and not
annoyed'. This means at least the face must be visible. It is wrong to say that
other women at that time (non Muslim Arabs, Jews, Christians) did not wear the
tudung. The truth is that the Jewish and Christian women wore far more
conservative tudung than the Muslim women.
Covering the body is also required of men and women in the desert. It has
nothing to do with any religion. So when the verse says 'so that they may be
recognised' it actually means the women should not cover their face or head in
such a way that the people cannot differentiate them from other Christian and
Jewish women who also wear tudung and veils. This means there is no such
thing as a tudung to cover your head and face”.
Kenyataan ini menunjukkan penolakan tudung berpunca daripada kedangkalan
penulisnya dalam memahami ayat “zalika adna an yu’rafna fa la yu’zain” atau
terjemahan Inggeris “so that they may be recognised and not annoyed”.
Terjemahan Melayu bermaksud “demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenal, oleh itu mereka tidak lagi diganggu”. Jika diamati dengan teliti, ungkapan
ini langsung tidak memberi apa-apa hujah bagi penulis untuk menolak kewajipan
pemakaian tudung. Sebaliknya, penulis hanya mengandaikan semua wanita
pada zaman itu sama ada Arab jahiliyyah, Kristian mahupun Yahudi memakai
tudung, oleh itu bagi membezakan antara wanita Islam dan bukan Islam lalu
mereka diperintahkan supaya membuka wajahnya agar dapat dikenali.
Secara rasional, pandangan ini meminggirkan konteks sebenar ayat tersebut
secara keseluruhan. Mengapa penulis meninggalkan rangkap pertama ayat yang
dengan jelas memerintahkan supaya para isteri Nabi SAW, puteri-puteri Nabi
SAW serta seluruh wanita Islam memakai tudung? Perkataan ‘so’ sudah tentu
merujuk kepada ayat sebelumnya. Begitu juga dengan ungkapan “and not
annoyed”? Apakah penulis hanya mengambil ungkapan “so that they may be
recognised” untuk dijadikan hujah. Selainnya diketepikan kerana tidak memenuhi
kehendak dan selera akal. Jika penulis beranggapan bahawa “so that they may
be recognised” bermaksud supaya wanita Islam membuka wajah mereka bagi
membezakan diri mereka dengan wanita bukan Islam yang lain, apa pula
kaitannya dengan ayat “and not annoyed?”
Justeru itu ayat ini perlu difahami melalui sebab turunnya. Imam al-Qurthubi
menyebut: “Ketika mana menjadi suatu adat bagi wanita Arab bekerja, mereka
mendedahkan wajah mereka sepertimana hamba-hamba sahaya. Hal ini menjadi
daya tarikan kepada kaum lelaki untuk memerhatikan mereka sehingga timbul
keinginan terhadap mereka. Lalu Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya
mereka melabuhkan jilbab ke atas diri mereka sekiranya ingin keluar rumah bagi
memenuhi hajat mereka (bekerja dan sebagainya). Dahulunya mereka terdedah
5
di padang pasir sebelum wujudnya bilik air, (dengan pemakaian jilbab) dapat
dibezakan antara mereka dengan para hamba, dengan itu wanita merdeka dapat
dikenali dengan pemakaian tudung sekaligus menegah mereka daripada
terdedah kepada gangguan lelaki bujang atau para pemuda”. (Tafsir al-Qurtubi,
j.14, hal.243)
Sebab turun ayat ini merungkaikan segala permasalahan yang mengusutkan. Ia
jelas merupakan ayat agar wanita Islam yang merdeka menutup aurat bagi
membezakan diri mereka dengan wanita hamba sahaya. Pemakaian tudung juga
mampu menghindarkan diri mereka daripada gangguan liar para pemuda di
jalanan. Menurut al-Sudiy, ia bagi membezakan antara wanita Islam yang
merdeka dengan hamba sahaya dan wanita pelacur. Ini kerana kaum wanita
sering menjadi sasaran golongan ahli maksiat di Madinah pada ketika itu. (Tafsir
Ibn Kathir, j.6, hal.482)
Hujah kononnya semua wanita pada zaman tersebut sama ada Islam mahupun
bukan Islam memakai tudung juga langsung tiada kena mengena dengan ayat
tersebut. Malah wanita jahiliyyah amat terkenal dengan sifat mereka yang gemar
mendedahkan tubuh persis wanita di zaman ini. Dalam ayat lain Allah SWT
menegaskan bermaksud, “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada
suami mereka, atau ayah mereka...”. (al-Nur: 31) Menurut al-Qurtubi, ayat ini
menyebut supaya tudung dilabuhkan hingga ke dada kerana wanita di zaman
jahiliyyah gemar memakai tudung dengan cara hanya melepaskannya ke
belakang tubuh. Ini menyebabkan bahagian atas dada, tengkuk dan kedua
telinga terdedah. Lalu Allah SWT memerintahkan supaya tudung itu dipakai
sehingga menutupi dada mereka. (Tafsir al-Qurtubi, j.12, hal.230)
Kenyataan sahabat RPK “This means there is no such thing as a tudung to cover
your head and face”, juga langsung tidak berasas. Bukankah al-Qur’an telah
menggunakan kalimah jilbab atau jalabib (jamak) dan khimar atau khumur
(jamak). Dalam kamus Lisan al-‘Arab, jilbab ialah pakaian yang lebih luas
daripada khumur (tudung yang dipakai wanita untuk menutup kepala dan
dadanya). Dalam tafsir al-Jalalain, dijelaskan bahawa jilbab ialah pakaian yang
menyelimuti seluruh badan wanita. Ibnu Abbas mengatakan, “Isteri-isteri kaum
Mukminin diperintahkan menutup kepala dan muka mereka dengan jilbab kecuali
satu matanya agar diketahui bahawa dia adalah wanita merdeka”. (Lihat kalimah
Jim, Lam, Ba dalam Kamus Lisan al-‘Arab dan al-Sobuni, jld. 2, hal. 375)
Berbalik pula kepada kenyataan RPK berbunyi, “Apparently, the tudung was
'decreed' for only the Prophet's wives and not for all women…”. Ini berlaku
kerana kesilapan RPK dalam menukilkan hadith tersebut. RPK menyebut: “Later
that same day, a young and handsome Arab man named Safwan bin Al-Muattal
came along and spotted Aisha sitting all alone in the desert. Though he had
never met Aisha before, he immediately recognised her as one of the Prophet’s
6
wives because of the tudung that she wore. It seems, in those days, only the
Prophet’s wives wore the tudung to distinguish them from the other women”.
Lafaz yang disebut oleh RPK ini berbeza sekali dengan lafaz yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih mereka. Ia berbunyi seperti
berikut: “Ketika itulah, Safwan bin Mu’attal as-Sulami al-Zakwani memacu
untanya dan melintas di kawasan itu. Dia terlihat ada sekujur tubuh bersalut kain
hitam. Ketika dia semakin mendekatiku, dia segera mengenaliku (kerana
wajahku terbuka ketika sedang tidur). Dia melihatku dan ketika itu perintah hijab
belum lagi diturunkan. Dia menjerit dengan rasa amat terperanjat lalu berkata,
Inna lillahi wa inna ilayhi raji un, yang bermakna dari Allah dia datang, kepada
Allah dia kembali. Aku terkejut dari tidurku dek teriakannya. Lalu aku menutup
wajahku dengan jilbabku”. (Sahih al-Bukhari no.3826 dan Sahih Muslim no.4974)
Amat jelas, dalam riwayat yang asal, langsung tidak dinyatakan kononnya
Safwan bin Mu’attal mengenali Aishah hanya apabila melihat tudung yang
dipakainya. Sebaliknya, riwayat ini menunjukkan bahawa Safwan sememangnya
telah mengenali Aishah sebagai isteri Nabi SAW sebelum itu. Oleh itu apabila
melihat sahaja wajah Aishah beliau terkejut lalu beristirja’ (membaca inna
lillah...). Maka kenyataan RPK: “Though he had never met Aisha before, he
immediately recognised her as one of the Prophet’s wives because of the tudung
that she wore” ialah satu pembohongan dan rekaan RPK semata-mata.
Menolak kewujudan syariat dan negara Islam
Dalam artikel bertajuk ‘Does Islamic State Really Exist’ bertarikh 22 Disember
2006, RPK telah menulis artikel yang jauh lebih ekstrim. Dalam artikel tersebut
beliau telah mengutarakan pelbagai pandangannya yang amat asing sekali
dalam sejarah dan pengajian Islam. Antaranya beliau menyebut tentang sejarah
beragama di Makkah yang dianggap sebagai berasal daripada faham pluralisme
agama. Beliau mengatakan seperti berikut:-
“Makah (Mecca or Mekah) of the pre-Muhammad era can be considered as most
cosmopolitan and tolerant as far as religious beliefs and persuasions go. The
black stone cube known as the Ka‘bah was home to 360 gods. Hubal, the Syrian
god of the moon; al-Uzza, the Egyptian goddess; al-Kutba, the Nabatean god;
Jesus, the Christian god; Jesus’ mother, Mary; and many more were all
represented in the Ka‘bah. Basically, every known god in the form of idols was
present within (some around) the four walls of the Ka’bah and they all lived
peacefully, side by side, in one home, the black-stoned cube”.
Tulisan RPK ini telah menghina Baitullah atau Ka’bah secara terang-terangan. Ia
menggambarkan seolah-oleh Ka’bah ialah satu berhala besar yang disembah
oleh semua agama berdasarkan doktrin dan gaya agama masing-masing. Ini
sekaligus menafikan ayat-ayat al-Qur’an yang menyebut asal usul dan tujuan
pembinaan Ka’bah sebagaimana di dalam surah al-Baqarah ayat 125-128.
7
Lebih melampau lagi, apabila RPK menafikan Allah SWT sebagai tuhan yang
sebenar sebaliknya menganggap Allah hanyalah nama bagi tuhan angkasa atau
tuhan hujan kuno. Kenyataan biadap ini disebut oleh beliau dalam perenggan
berikut:-
“Allah was originally an ancient sky or rain god who eventually got elevated to the
position of supreme god. Since Allah was a high god, the Makah Arabs would not
call upon him in time of need but would instead speak to the smaller gods who
would act as a go-between to carry their prayers to Allah. Allah had three
daughters -- Allat the goddess, al-Uzza the mighty, and Manat the goddess of
fate. It was to these three daughters of Allah whom the Arabs prayed”.
Hasil daripada kajian dan pembacaan dangkal RPK, beliau akhirnya mendakwa
bahawa Nabi SAW tidak membawa sebarang agama dan syariat baru (Islam).
Sebaliknya Baginda SAW hanya didakwa membawa doktrin penyerahan atau
penyembahan kepada satu tuhan. Tiada apa yang dinamakan syariah atau
perundangan Islam. Sebaliknya Nabi SAW hanya meneruskan undang-undang
kuno yang sedia terpakai di Makkah pada ketika itu. RPK menyatakan seperti
berikut:-
“We must remember that the doctrine introduced by Muhammad was that of
submission. There was no Shariah or Islamic laws during the time of
Muhammad, as all these came later, long after Muhammad had left the scene.
Muhammad was of the Quraysh clan, the most powerful clan in Makah, and tribal
laws were the order of the day. These laws were mostly based on the concept of
retribution; an eye for an eye. If someone hit you on the head, then the
punishment would be you are to hit him back on exactly the same spot and with
exactly the same force, nothing more than that. If someone from a certain clan
steals your camel, then the clan must replace it with a camel of exactly the same
age, weight, etc”.
Kesimpulan akhir RPK bagi menjawab judul artikel beliau ini ialah, tidak wujud
istilah negara Islam sama sekali! Malah syariah atau perundangan Islam hanya
wujud lama setelah kewafatan Baginda SAW. Ia diwujudkan oleh khalifah yang
empat bagi mempertahankan kedudukan dan pengaruh masing-masing. Beliau
menyebut:-
“The argument that Muhammad set up an Islamic State and introduced Islamic
laws is certainly not true. The laws were pre-Muhammad and even Muhammad
was forced to honour them. There was no Shariah like that we know of today.
Later, after the period of the four Caliphates who ruled after Muhammad had died
--Abu Bakar, Umar, Uthman and Ali -- the rulers began to lose their powers and
the theocrats took over and introduced the Shariah which bound all Muslims. In
fact, Medina itself lost its place as the centre of Islam”.
8
Lagak RPK yang menafikan konsep negara Islam tidak ubah seperti apa yang
pernah diajukan oleh ‘Ali ‘Abd al-Raziq, pengarang buku al-Islam wa Usul al-
Hukm. ‘Ali ‘Abd al-Raziq dengan tegas menolak kewujudan sistem politik atau
pemerintahan Islam. Pegangan beliau ini akhirnya menyebabkan Majlis Tertinggi
Ulama al-Azhar yang diketuai oleh Syaikh Muhammad Abi al-Fadhl, Syaikh al-
Azhar ketika itu dan dihadiri oleh 24 ulama senior al-Azhar, memutuskan
pemecatan ‘Ali ‘Abd al-Raziq daripada keanggotaan di Majlis Tertinggi Ulama al-
Azhar dan menarik balik seluruh ijazah yang pernah diterimanya selain
hukuman-hukuman lain.
Pemikiran RPK juga amat sarat dengan bahan-bahan rujukan para orientalis
Barat. Jika tidak masakan beliau tergamak mengatakan bahawa syariat yang
dibawa oleh Nabi SAW hanyalah merupakan undang-undang kuno yang telah
diperkenalkan oleh kaum Quraisy di zamannya. RPK mengungkapkan,
“Muhammad was of the Quraysh clan, the most powerful clan in Makah, and
tribal laws were the order of the day. These laws were mostly based on the
concept of retribution; an eye for an eye.” Kenyataan ini secara jelas menafikan
ayat-ayat al-Qur’an yang menyebut tentang hukum hudud dan qisas
sebagaimana yang disampaikan oleh Nabi SAW. Apakah ayat-ayat hudud dan
qisas itu suatu pembohongan menurut fahaman RPK?
Kesimpulan
Amat mendukacitakan, individu seperti RPK menulis hanya bersandarkan bahanbahan
rujukan yang rapuh. Buku-buku orientalis dan bahan bacaan internet
seperti wikipedia mentah yang tidak dikritisi dan ditapis menjadi rujukan utama
beliau. Apa yang lebih membimbangkan ideologi civil society ala demokrasi
liberal Barat anutan RPK, bakal menjadi medium baru untuk melebarkan faham
keagamaan yang tidak berdisiplin dan tanpa sempadan.
Sekilas pandang, pemuka-pemuka liberal-sekular ini dilihat amat menjiwai watak
sebagai pemain-pemain yang berjuang bagi menegakkan demokrasi tulin.
Namun kita jangan alpa, ideologi sebegini bakal menandingi faham politik
berteraskan Melayu-Islam yang telah sekian lama membentuk polisi
perlembagaan dan pemerintahan negara. Ideologi pengabsahan ini tercerna
melalui prinsip Islam sebagai agama persekutuan dan keistimewaan Melayu.
Oleh itu, dalam kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi kini, amat wajar
artikel-artikel seumpama ini disekat dan dihalang sama sekali demi memelihara
aqidah dan syariat Islam terus terpelihara. Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)