Ahad, 3 Januari 2010

Anwar buruk Islam di luar negara

Anwar buruk Islam di luar negara

By aidc editor on January 3, 2010 3:05 PM

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (kini Angkatan Muda Keadilan), Muhammad Zahid Md Arip mengutuk kenyataan biadab Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barat yang didakwa mencerca Islam bahawa agama ini tidak melayan adil terhadap masyarakat minoriti.


"Inilah sikap Anwar yang cuba membina kembali imejnya dengan cuba bercakap tentang Islam kepada dunia Barat dan sanggup menggadaikan maruah Islam demi kepentingan diri sendiri.

"Inilah juga perangainya yang berusaha untuk mendapatkan simpati dari dunia Barat supaya menekan Malaysia dalam melindungi dirinya dari menutup pelbagai masalah peribadinya kepada dunia umum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dengan menunjukkan keratan akhbar dari Australia berhubung kenyataan Anwar pada satu persidangan yang dihadiri di Melbourne, Australia pada 6 Disember 2009 lalu.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, Anwar dilaporkan menggesa umat Islam mengatasi masalah ketidakadilan dari menekan masyarakat minoriti dalam negara mereka sendiri sebelum menuding jari kepada Barat.

Anwar dalam kenyataannya dikatakan turut berkata, umat Islam telah melayan kaum minoriti yang lain antaranya seperti Hindu, Budha dan Kristian secara keterlaluan.

"Apakah sebenarnya tujuan Anwar mengutuk Islam di hadapan Barat di mana mereka ini sudah tentu anti kepada Islam, kalau tidak selain untuk menunjukkan beliau seorang individu yang hebat di luar sana.

"Itulah sebabnya dunia Barat menganggap Anwar begitu hebat kerana sanggup menjual dan menghina Islam di luar Negara tetapi sebaliknya pengecut apabila berdepan dalam negaranya sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Zahid mengingatkan rakyat bahawa negara tidak akan sesekali menerima bekas banduan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Saya menasihatkan kepada diri sendiri dan seluruh rakyat Malaysia bahawa Negara ini akan musnah sekiranya seorang bekas banduan dan lelaki yang tidak bermoral seperti Anwar memerintah Malaysia," katanya yang kini kembali ke pangkuan UMNO setelah keluar dari Keadilan pada 2004

sumber - sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan