Jumaat, 1 Januari 2010

SURAT UMMI HAFILDA KEPADA TUN DR M

Semua orang tahu bahawa Ummi Hafilda bte Ali, adik kepada Azmin b Ali, pernah menghantar sekeping surat bersama lapuran tertentu kepada Tun Dr M. Mungkin semua kita tidak pernah mengetahui isinya, sebaliknya kita sama sama menyebarkan fitnah ke atas Ummi Hafilda seperti yang diwar warkan oleh kuncu kuncu al juburi untuk mengalih tumpuan. Ada baiknya sekali sekala kita menoleh ke belakang, untuk melihat isi kandungan surat itu supaya kita dapat mengenali dan mengetahui apa/siapa yang ada di hadapan kita


Anda (penjilat al juburi) tidak diminta untuk percaya isi kandungannya tetapi surat itu sudah diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Inilah surat yang akhirnya merubah warna lanskap politik tanah air!!

Tun Mahathir tidak pernah mendedahkan isi surat itu kepada umum mungkin untuk menjaga maruah keluarga anu war al juburi sebeliknya reputasi Tun diburukkan oleh anu war al juburi!!!

Siapakah yang menyiasat surat ini??? Penyiasatnya ialah Tan Sri Musa Hassan yang sangat dimusuhi oleh anu war al juburi hingga ke hari ini!!!








5hb Ogos 1997

Yang Amat Berhormat

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed

Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Kuala Lumpur

YAB

PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda Bt. Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai perihal salahlaku Timbalan Perdana Menteri.

YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.

Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd Azman Bin Ali, Mohamed Azwan Bin Ali dan Ummi Hafilda Bt. Ali.

Bersama-sama ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai maklumat lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.

Segala perhatian, pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Bagi kami YAB adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagumi dan hormati.

Sekian, Terima kasih.

Yang benar,

t.t.









LAPORAN SULIT

PERIHAL SALAHLAKU

TIMBALAN PERDANA MENTERI

Merupakan seorang homosexual melalui hubungan sejenisnya dan salah seorang dari mangsa yang berani tampil ke hadapan ialah bekas pemandu kepada beliau iaitu Azizan Bin Abu Bakar yang kini menjadi pemandu Mohamed Azmin Bin Ali.
Mempunyai hubungan sulit dengan Puan Shamsidar Taharin iaitu isteri kepada Setiausaha Sulitnya sendiri, Mohamed Azmin Bin Ali.
Membuat fitnah yang mempunyai unsur jahat demi kepentingan politiknya melalui kenyataan tuduhan kepada Ummi Hafilda Bt. Ali (adik kepada Mohamed Azmin Bin Ali) bahawa si gadis tergila-gilakannya melalui surat-surat cinta yang telah dihantar kepada beliau.
Menganiaya setiausaha sulitnya sendiri melalui skandalnya bersama Puan Shamsidar Taharin tanpa pengetahuan si suami.
Memberikan satu tamparan hebat yakni penghinaan dan tekanan perasaan dari segi maruah kepada seluruh keluarga Mohamed Azmin Bin Ali.
Menyalah-gunakan kuasa demi menutup segala pembohongan dan kemungkaran yang telah dilakukan.
Mempersendakan Islam dengan pembacaan khutbah oleh beliau di sana-sini demi memberikan gambaran imej tokoh "Pak Sheikh" yang memperjuangkan agama.
Menggugat kredibiliti kepimpinan UMNO yang menjadi tunjang negara melalui perbuatan keji, hina, aib dan rakus beliau tanpa memikirkan implikasinya kepada sahsiah pembangunan ummah dan negara.




SEBAB-SEBAB LAPORAN DIKEMUKAKAN



Memohon budi-bicara YAB Perdana Menteri untuk menyiasat setiap lapuran yang dikemukakan.
Memohon perlindungan keselamatan bagi pihak penulis dan keluarga.
Menegakkan kebenaran demi kepentingan parti dan negara.
Mengalami tekanan emosi yang paling kritikal bagi seluruh ahli keluarga sejak kes ini diketahui.
Memohon YAB menyelamatkan abang kami, iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus berkhidmat dengan orang yang telah menganiayanya iaitu insan munafik yang bernama Anwar Ibrahim.
Memohon hukuman yang setimpal sekiranya lapuran yang diberikan adalah benar sebagai satu peringatan kepada pemimpin yang lain supaya tidak menyalah-gunakan kuasa dengan kedudukan yang ada.
Menyekat sama-sekali perbuatan mungkar diluar tabii manusia iaitu hubungan sejenis yang sememangnya dilaknati oleh Allah S.W.T.
bersambung.. Akuan Bersumpah Azizan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan