Jumaat, 1 Januari 2010

Pelantikan Ariffahmi adalah salah - Zulkifli Nordin
By aidc editor on January 1, 2010 4:02 AM

kereta nik abduh
















Apa motif kumpulan blogger pro Husam/Erdogan menyebarkan secara meluas foto kereta Nik Abduh ? - Foto dari Topeng Perak


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Ahli Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berpendapat pelantikan Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menyalahi undang-undang.

Katanya, ini berikutan pelantikan menantu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu telah menjadi satu kesalahan jenayah berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan Nik Abdul Aziz dikenakan tindakan undang-undang kerana pelantikan tersebut dibuat olehnya.

"Isu pelantikan ini meletakkan Menteri Besar (Nik Abdul Aziz) dalam keadaan terdedah kepada serangan dan prosiding perundangan kerana beliau sendiri mengakui melantik menantunya sebagai CEO PMBK," kata Zulkifli yang mempunyai latarbelakang perundangan itu dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Zulkifli mengulas isu pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK yang mencetuskan kontroversi ekoran siasatan SPRM terhadap perbadanan itu sebelum ini.

Berikutan isu itu, Abdul Ariffahmi kemudian bersetuju untuk meletak jawatan yang hanya akan berkuatkuasa pada Mac 2010.

Kata Zulkifli, secara teknikal satu kesalahan jenayah sudah berlaku ekoran pelantikan Abdul Ariffahmi itu.

"Saya berharap siasatan SPRM akan membongkar kebenaran di sebalik kemelut itu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli berkata sumber dalaman yang sangat dipercayainya memaklumkan bahawa peletakan jawatan pegawai kanan Nik Abdul Aziz, Annual Bakhri Haron ada kena-mengena dengan isu pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

Selain Annual Bakhri katanya, seorang lagi pembantu kanan Menteri Besar Kelantan itu, Mohd. Saibi Yaakob juga dikatakan meletak jawatan ekoran isu tersebut.

Sebelum itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abd. Kader yang mendesak Abdul Ariffahmi segera meletak jawatan turut melepaskan jawatannya sendiri berikutan masalah rumah tangga.

Menurut Zulkifli, berdasarkan maklumat terkini yang diperolehnya, satu rombakan barisan Exco kerajaan negeri itu akan dibuat tidak lama lagi.

sumber - utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan