Kes LIWAT ANWAR DAN SAIFUL
Wan Azizah Wan Ismail tunjuk bukti foto dirakam dalam hanset. Banyak lagi koleksi foto mangsa kerana mangsa dilapor bekerja di pejabat Anwar, tetapi Azizah lebih berminat dengan bukti foto yang berlatarbelakang pejabat TPM. Itupun sudah misteri.
Misteri hubungan Anwar & Saiful ?
Banyak ruang ‘misteri’ dalam kejadian kes antara Saiful Bukhari Azlan (pekerja) dan Anwar Ibrahim (majikan) seperti yang dibuat laporan polis oleh mangsanya sendiri.
Blog Wan-Nasru (lebih condong mengaitkan dengan konspirasi) menulis petikan laporan polis mangsa seperti berikut;
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan (850706-01-5687) ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”
Tugas polis
Memandangkan laporan ini dibuat sendiri dengan penuh sukarela oleh mangsa, maka menjadi tugas polis untuk menyiasat kebenaran laporan yang dibuat oleh mangsa. Antara siasatan barangkali mencakupi aspek berikut;
1. Betulkah laporan itu ditulis dengan penuh kerelaan ?
2. Betulkah berlaku ‘kejadian liwat tanpa kerelaan’ antara majikan dengan pekerja ?
3. Betulkah kejadian itu berlaku pada tarikh dan tempat yang disebut ?
4. Betulkah mangsa berada dalam tertekan, bimbang keselamatannya diri dan keluarga jika berita ini tersebar luas ?
Foto mangsa bergambar dengan salah seorang pegawai khas TPM, diambil tiga bulan lepas. Wan Azizah ambil foto ini sebagai bahan bukti, walhal banyak lagi koleksi foto mangsa yang boleh diambil. Foto ini sudah lama disiarkan diblog aktivis AIC, Najwan Halimi. Sudah tentu Presiden PKR mempunyai agenda tersirat dengan hanya memilih foto ini sebagai bahan buktinya.
Siapa mangsa?
Laporan itu menyebut, mangsanya bernama Mohd Saiful Bukhari b Azlan 850706-01-5687, seorang pekerja kepada majikannya yang bernama Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.
Tetapi laporan itu tidak menyebut apakah jenis pekerjaan dan dimanakah lokasi tempat dia bekerja bersama majikannya. Banyak lagi ruang misteri yang perlu dirungkai, bila dia bekerja, apa jenis pekerjaannya, selain Ketua Umum PKR, apakah lagi jenis pekerjaan majikannya.
Kalau dinyatakan majikannya adalah pekerja parti, kebiasaannya dibuat secara sukarela. Apakah pekerja itu dibayar gaji bulanan atau bekerja sukarela? Kalau dibayar, dari manakah majikannya mendapat wang bulanan untuk membayar pekerjanya dan berapa gaji bulanannya.
Saiful Bukhari bukanlah nama asing. Pelajar-pelajar UNITEN mengenalinya kerana dia adalah bekas Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN sesi 2006/2007.
Dia juga mempunyai ramai kenalan di kalangan bekas-bekas pimpinan pelajar sezaman dengannya kerana dia termasuk salah seorang pemimpin pro-Aspirasi (pro-kerajaan?)yang sering berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negara. Dia juga suka bergambar sebagai koleksi peribadi pemimpin-pemimpin negara yang pernah dikenalinya.
Bermakna kalau sikapnya suka bergambar, kenapa pula tidak ada sebarang gambarnya berposing dengan majikannya (Anwar Ibrahim), yang pernah dia bekerja sejak PRU 12? Agak pelik, hanya gambar-gambar mangsa berposing dengan tokoh-tokoh UMNO, tetapi tiada sebarang gambar dia berposing dengan Ketua Umum PKR. Sedangkan masanya lebih lama berada bersama Ketua Umum PKR sebagai hubungan pekerja dan majikan.
Kesimpulannya, semasa menjadi Timbalan Presiden 1 Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN selama setahun, dia sudah terdedah dengan realiti politik kampus, politik negara dan pemimpin politik.
Kenapa tidak diambil foto ini sebagai bahan bukti ? Foto mangsa bergambar dengan bekas Menteri Pengajian Tinggi. Ketika itu mangsa adalah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN
Latar belakang keluarga mangsa
Maklumat dari bekas-bekas pemimpin pelajar sezaman dengan menyebut, dia sudah tidak aktif dengan kumpulan pro-Aspirasi sejak dua tahun lepas.Dia juga gagal menamatkan pengajiannya di UNITEN. Mangsa dilaporkan tinggal bersama pak ciknya di Bandar Utama Utara, Subang. Mempunyai seorang lagi adik perempuan yang masih belajar. Ibunya telah meninggal dunia. Bapanya bekerja sendiri dan berpisah dengan ibunya semasa masih hidup.
Kononnya arwah ibunya meninggalkan ’sedikit harta’ di atas nama mangsa tetapi telah habis dibelanjakan oleh mangsa.
Dari cerita lisan sebegini memberi satu justifikasi kepada kita bahawa mangsa adalah termasuk dalam keluarga yang bermasalah dan mangsa terpaksa mengharungi hidup seorang diri (tanpa pertolongan bapa?) untuk meneruskan kehidupan. Maka tidak hairan, kalau mangsa gagal meneruskan pengajian, jika sentiasa dihimpit dengan bebanan kewangan dan kurang bimbingan ibu bapa seperti ini.
Foto mangsa bersama tunangnya semasa majlis pertunangan
Macam mana boleh bekerja dengan Anwar ?
Walaupun tidak dijelaskan apakah jenis pekerjaan, tetapi mangsa mengatakan dia bekerja dengan majikannya Ketua Umum PKR. Walaupun tidak dinyatakan lokasi pekerjaannya namun boleh diandaikan, dia bekerja di pejabat Anwar (seksyen 16), atau pejabat PKR (bangunan baru) atau di luar lokasi pejabat, sebagai pekerja bebas tetapi masih menghantar laporan harian kepada majikannya.
Persoalan-persoalan itupun sudah misteri kerana pelbagai andaian boleh dibuat sekiranya hanya menggunakan terma ‘pekerja’ dan ‘majikan’.
Persoalan yang lebih misteri, bagaimanakah mangsa boleh bekerja dengan Anwar dan bagaimanakah cara dia diambil, sedangkan Anwar terkenal sebagai seorang tokoh yang amat cermat memilih pegawai-pegawainya yang sebelum ini masing-masing berlumba-lumba mengambil hati Anwar untuk digelar ‘pewaris dairi merah’.
Maksud ‘pewaris diari merah’ adalah orang yang paling rapat dengan Anwar. Semasa Anwar jadi TPM, ‘pewaris dairi merah’ adalah Azmin Ali. Semasa Anwar, Ketua Umum PKR, diwarisi pula oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.
Maksudnya ‘pewaris dairi merah’ adalah Setiausaha Sulit Anwar yang bertanggungjawab mencatat segala jadual dan aktiviti Anwar.
Tiga orang pegawai setia Anwar. Dari kiri Nurul Izzah,Sim Tze Tzin dan Nik Nazmi Nik Ahmad (pewaris terakhir ‘dairi merah’). Nik Nazmi, bekas aktivis pelajar UKEC, UK dikatakan paling berpengaruh dan penyusun strategi anak muda. Sebab itu beliau dilantik SETPOL MB Selangor, walaupun telah memmpunyai sumber pendapatan sebagai ADUN PKR.Bermakna beliau mempunyai dua sumber pendapatan. Kehebatan Nik Nazmi dihikayatkan bahawa beliau sanggup bayar secara tunai kepada penajanya PNB yang pernah taja pengajiannya di UK, semata-mata untuk berkhidmat dengan Anwar. Banyak betul duitnya.
Anwar sudah ada pegawai-pegawai setianya termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad (pewaris terakhir ‘dairi merah’), Nurul Izzah (anaknya), Sim Tze Tzin, Ginnie Lim, Lee Khai Long, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) dan ramai lagi anak-anak muda yang telah terbukti kesetiaan dan mampu diambil sebagai pekerja paling dipercayai Anwar.
Kalau Nik Nazmi sibuk sebagai SETPOL MB Selangor dan ADUN, kenapa tidak diambil Jonah atau Ginnie Lim calon PKR yang kalah dalam PRU baru-baru ini ? Kenapa pula Anwar sangat berminat mengambil ‘mangsa’ yang masih mentah dan sebelum ini lebih terkenal sebagai penyokong kerajaan?
Sudah tentu pengakuan mangsa sebagai pekerja Anwar akan menimbulakn polemik, kerana masih ramai lagi pekerja-pekerja muda yang lebih berjasa berlumba-lumba untuk menawan hati Anwar dan menempatkan diri sebagai ‘pewaris dairi merah’. Malah sudah timbul perbalahan di kalangan sesama sendiri yang mendakwa mereka lebih setia dan lebih bekorban untuk parti.
Bukan rahsia lagi, Jonah terasa jauh hati apabila dipinggirkan selepas tewas melawan Najib di pekan.
Apatah lagi apabila muncul ‘watak’ baru yang dikenali sebagai Saiful Bukhari Azlan, yang baru sahaja bekorban dan menyumbang kepada parti. Ketika Jonah berdemontrasi lawan polis, Saiful Bukhari masih turun naik ke pejabat tokoh-tokoh negara untuk bergambar. Jadi wajarkah Saiful digelar sebagai ‘pekerja setia’ kepada Anwar ?
Malah sebelum ini, sudah kecoh laporan mengenai latar belakang ‘kepartian’ Saiful dibuat oleh pekerja-pekerja muda PKR yang setia kepada Anwar. Tetapi, Anwar masih mengambil ‘mangsa’ itu sebagai pekerjanya. Kenapa ?
Ini satu lagi koleksi foto mangsa berposing sakan dengan Shahril Samad
Pewaris ‘Dairi Merah’ Rahimi Osman, Najwan Halimi & Saiful ?
Seorang lagi watak yang dianggap ‘pewaris dairi merah’ adalah Rahimi Osman. Dia dikatakan pegawai khas Anwar selepas Nik Nazmi. Lebih menarik lagi Rahimi merupakan bekas Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC) yang juga gagal menamatkan pengajiannya di UIA.
Status dan gaya kepimpinan Rahimi tidak disukai oleh sesetengah AJK AIC. Semua ini bukan rahsia lagi, kerana perbalahan sesama sendiri pernah dibincangkan secara terbuka di internet.
Dengan ketiadaan sokongan yang padu daripada AJK AIC, Rahimi mempunyai seorang kawan yang setia bernama Saiful Bukhari Azlan. Kebetulan wataknya hampir sama, sama-sama tidak habis pengajian dan rajin bekerja.
Rahimi dikatakan telah ditemani oleh Saiful untuk menguruskan kerja-kerja politik Anwar dan PKR terutamanya semasa PRU 12. Jadi bukan setakat Saiful dibawa keluar masuk ke pejabat Anwar di Sekyen 16, bahkan Saiful juga turut terdedah dengan pelbagai instrumen sulit Anwar termasuk AIC, Suara Keadilan, malah mungkin mengikuti road show ceramah Anwar.
Jadi, peranan Saiful, lebih tepat adalah pembantu kepada Rahimi Osman yang menjadi pegawai khas Anwar. Pembantu kepada pembantu khas Anwar?
Keintiman Saiful & Rahimi, dicurigai oleh sepupu Rahimi sendiri yang masih menuntut di UNITEN bernama Najwan Halimi. Sudah tentu Najwan lebih mengenali siapakah Saiful kerana kedua-dua menuntut di UNITEN.
Najwan Hilimi, pelajar UNITEN yang juga aktivis AIC pernah menulis secara bersiri mengenai latar belakang mangsa dan kemelut perpecahan AIC di dalam blognya.
Najwan adalah pengikut setia AIC dan pengikut setia PKR dari dulu hingga sekarang. Najwan pernah melaporkan latar belakang Saiful kepada sepupunya (Rahimi) turut menulis dalam blognya (riwayat hayat)ketidakpuasan hatinya terhadap Saiful dalam tiga siri tulisan bertajuk “Awas! Ada Musang Berbulu Ayam” Siri (1), (2) & (3).
Kenapa posting artikel misteri didelete ?
Begitulah nada kemarahan dan kebencian Najwan Halimi kepada Saiful, hingga tercatat luahan perasaannya di blog peribadi dan turut menceritakan perbalahan sesama aktivis AIC dalam merebut status ‘pewaris dairi merah’.
Namun antara Rahimi, Saiful dan Najwan, semua arahan datang daripada ‘ketua pewaris dairi merah’ bernama Nik Nazmi Nik Ahmad, yang katanya, sangat dekat dengan Anwar.
Suara yang keluar dari mulut Nik Nazmi suara keramat. Suara Nik Nazmi adalah suara Anwar!
Itu adalah kepercayaan umum yang dipegang oleh mereka yang bercita-cita bakal menjadi ‘pewaris dairi merah’
Jadi tidak mungkinkah semua ‘plot liwat’ ini, datang dari mulut Nik Nazmi ?.
Lebih suspen lagi kenapa Najwan Halimi telah mendelete postingnya bertajuk “Awas! Ada Musang Berbulu Ayam” siri 3, seminggu sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari ?
Salah seorang blogger AIC lain (Mat Keri) tulis, posting terakhir Najwan terpaksa didelete kerana ‘arahan pihak atasan’. Siapa pihak atasan itu ? Kenapa posting itu didelete? Itupun menjadi misteri
Halimey Abu Bakar, Ketua AMK Selangor (kiri) dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah),Naib Ketua AMK PKR Pusat(kanan). Dikatakan wujud pergeseran antara kedua anak muda ini, apabila Halimey tuduh Jonah hantar laporan palsu memburuk-burukkan kepimpinannya. Jonah juga dikatakan berminat jadi Ketua AMK Selangor ganti tempat Halimey untuk mendekatkan dirinya dengan MB Selangor, kerana Selangor merupakan lubuk emas PKR. Pergorbanan Jonah kepada PKR seolah-olah dilupakan walaupun pernah ditahan polis dan sanggup ‘pancung leher’ melawan Najib Tun Razak di Pekan. Katanya dia lebih berminat bertanding di DUN Selangor, tetapi arahan pihak atasan minta dia bertanding di Pekan dan terpaksa menerima realiti sebagai calon yang kalah
Anwar bersembunyi dan diancam bunuh ?
Hujan tidak, ribut pun tidak, sekoyang-koyang, sebaik sahaja laporan dibuat mangsa, Anwar dilaporkan telah ‘melarikan diri’, diarah bersembunyi di satu tempat yang dirahsiakan. Ini tambah misteri..
Mungkin benar kata pepatah lama, ‘mendengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan’
Ketika itu, katanya pengikut PKR fobia melihat kereta peronda polis, hatta anggota polis yang menunggang motorsikal kapcai. Pelik juga, sedangkan sebelum ini, pengikut PKR sanggup mandi darah, lawan anggota polis yang bersenjatakan pistol. Lawan Tetap Lawan!
Ada yang mengatakan Anwar bersembunyi di kedutaan Turki dan meminta suaka politik. Ada juga mengatakan di Hotel Quality, Shah Alam. Dan ada yang menafikan, bukan dikedua-dua tempat itu, tetapi di satu tempat rahsia, tetapi masih dalam negara..makin bertambah misteri..
Maka, SMS pun bertalu-talu sejak dua malam lepas dihantar oleh petugas-petugas PKR dalam ADIL NEWS mengarahkan penyokong-penyokong berkumpul di satu-satu tempat.
Wan Azizah pula dengan lantangnya tampil membuat kenyataan media menyalahkan polis dan badan kehakiman walhal proses baru bermula di peringkat siasatan sahaja. Belum tentu akan masuk mahkamah jika siasatan tidak sempurna.
Anwar pula secara bersembunyi menulis kenyataan-kenyataan keras di blognya menuduh, beliau ada bukti konspirasi Ghani Patail(Peguam Negara) dan Musa Hassan(Ketua Polis), walhal, belum masuk lagi peringkat mereka berdua.
Laporan mangsa hanya peringkat laporan biasa. Oleh kerana dakwaan mangsa sangat berat, barangkali, dia akan ditahan lanjut oleh polis untuk menentukan tahap keshahihan laporan yang dibuat itu. Itu sahaja. Baru peringkat laporan (dua hari lepas) dan polis mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk menyiasat kebenaran laporan itu. Bermakna belum masuk peringkat tuduhan dan pendakwaan. Kalau laporan itu tidak benar bermakna tiada kes dan mangsa didapati bersalah kerana membuat laporan palsu.
Foto mangsa bergambar bersama Azalina Othman. Foto ini diambil beramai-ramai sebagai kenangan pemimpin Aspirasi berjumpa dengan pemimpin negara. Masih banyak lagi koleksi foto mangsa, kerana dia antara pemimpin pelajar yang sering mengikuti program di peringkat negara dan luar negara
Kenapa Anwar bersembunyi ?
Persoalannya kenapa pula Anwar yang disembunyikan. Pengikut PKR dakwa, Anwar terpaksa disembunyikan kerana terdapat ancaman bunuh. Siapa yang mengancam untuk bunuh Anwar ? Itu lagi misteri..
Mengenali sikap dan perwatakan Anwar, Anwar bukan ‘pegecut’ dan ’suka bersembunyi’ walaupun diancam ugutan bunuh.Kes 1998, menunjukkan Anwar dengan gagah berani turun ke jalan raya, mengajak pengikutnya terus melawan dengan slogannya “LAWAN TETAP LAWAN”!.
Nampak bersungguh-sungguh pemimpin PKR menangani isu liwat hingga melupakan masalah dalaman PKR buat seketika. Kes Raja Petra buat pengakuan bersumpah di mahkamah pun belum selesai. Siapa di belakang kes ini masih misteri. Sekurang-kurang isu liwat ini meredakan segala kemelut dalaman sebelum ini
Masalah peribadi, biar mereka selesaikan..
Tetapi dalam kes kali ini, Anwar seolah-olah ‘takut dengan bayang-bayang’ sendiri, apabila akur dengan nasihat pengikutnya agar bersembunyi di satu tempat yang rahsia.
Sekiranya polis mahu menagkap Anwar (seperti mana yang diharapkan Anwar?), polis boleh mencari di mana sahaj tempat persembunyian Anwar. Lain lah pula kalau ini merupakan satu ‘konspirasi’ yang ‘dicipta’ untuk mengembalikan mood sokongan rakyat kepada Anwar seperti zaman reformasi 1998.
Zaman reformasi sudah berlalu 10 tahun lalu. Masa dan keadaan telah merubah segalanya.
Kalau benar laporan Saiful diliwat oleh Anwar, Anwar perlu menjawabnya di mahkamah secara telus, sebagai mana perjuangan Anwar menegakkan ketelusan, keadilan, demokrasi dan kebertanggungjawaban.
Kalau tidak benar, biar Saiful dan Anwar selesaikan sendiri.Kerana masalah ini muncul secara tiba-tiba hanya diketahui oleh Saiful dan Anwar. Biar mereka selesaikan masalah mereka sendiri dan tidak wajar mengheret orang lain campur tangan dengan masalah peribadi mereka.
Betul kata blogger Penarik Beca, Anwar amalkan politik bermata dua. Anwar adalah ‘manusia politik’. Amat kerap amalkan prinsip ‘animal politic’. Pandai berlakon, dwi-wajah malah sanggup ‘bunuh musuh politik’ atau ‘bunuh kawan sendiri’ sekiranya terdesak. Semuanya sanggup dilakukan demi survival politik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan