Jumaat, 1 Januari 2010

SAMBUNGAN SURAT UMMI HAFILDA KEPADA DR M

SAMBUNGAN SURAT UMMI HAFILDA KEPADA DR M


LAPORAN LENGKAP PERIHAL SALAHLAKU

YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis demi menyelamatkan abang saya iaitu Mohamed Azmin Bin Ali dari terus teraniaya maka kami adik-beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik, pertimbangan dan budi-bicara YAB menerima laporan untuk kebaikan semua pihak.

YAB, laporan ini tidak bermotifkan sesuatu samada politik mahupun peribadi tetapi ianya lebih kepada perjuangan menegakkan kebenaran.

YAB, kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku kepada Puan Shamsidar di mana beliau sering menerima panggilan misteri dari seseorang untuk tempoh yang agak lama sekurang-kurangnya setengah jam hingga kadangkala memakan masa satu setengah jam.

Kekerapan menerima panggilan telefon dalam keadaan yang mencurigakan telah menimbulkan syak wasangka kepada seluruh ahli keluarga termasuk kedua-ibubapa.



BAB PEMBONGKARAN RAHSIA OLEH ‘ATON’

(PEMBANTU RUMAH)

Akhirnya hinggalah pada satu hari, dengan kuasa Allah si-pembantu rumah yang bernama Aton (bekerja hampir lapan tahun dengan Azmin) telah membuka sedikit rahsia mengatakan bahawa Puan Shamsiar mempunyai seorang kekasih di kalangan orang atasan.

Bila ditanya kenapa beliau berkata begitu, Aton dengan rasa sedikit serba-salah tetapi penuh tanggungjawab mengatakan bahawa kekerapan panggilan telefon itu ialah dari kekasihnya.

Apabila ditanya siapakah gerangan si-lelaki, si-pembantu agak keberatan tetapi setelah diminta bekerjasama akhirnya beliau memberitahu saya bahawa waktu-waktu yang selalu dipanggil ialah 6.30 petang, 8.30 malam dan kadangkala lewat 12 tengahmalam ketika si-suami sedang nyenyak tidur.

Beliau meminta saya mengangkat telefon pada waktu-waktu tersebut sekiranya ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.

Akhirnya pada 9hb. Jun 1997, tepat pada waktunya 6.30 petang saya berada di rumah Azmin.

Apabila telefon berbunyi kedengaran suara seorang tokoh pemimpin yang sangat-sangat saya kenali iaitu Anwar Ibrahim dengan nada rasa cinta dan menggoda. Tetapi apabila beliau terperasan bahawa saya bukanlah wanita yang dicarinya maka beliau meletakkan telefon. Kebodohan beliau nampak jelas apabila dia memanggil semula dan inilah perbualan kami.

Anwar: I nak bercakap dengan Shida.

Ummi: Siapa ni? (Agak keras)

Anwar: Anwar (dengan nada yang agak perlahan)

Ummi: Is it Dato’ Seri?

Anwar: Ya, bercakap.

Ummi: Sorry, I didn’t recognise your voice just now. (tujuan saya untuk memerangkap beliau bagi mempastikan beliau adalah pemanggil yang meletakkan telefon sebelum ini. Beliau tidak menafikan)

Anwar: Hah …tulah suara you seksi sangat. You have such a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that’s why I letak phone.

Ummi: Hah … apahal.

Anwar: I nak tanya fasal Afifa (anak bongsu Azmin). Rindu kat dia.

Ummi: She’s Okay, alhamdullilah sihat.

Anwar: Tak apalah thank you.

Apabila gagang telefon diletakkan, maka berdetak hati saya mengesahkan gerangan si-lelaki tersebut dengan pembantu-rumah. Akhirnya si-pembantu rumah mengaku bahawa itulah gerangan si-lelaki yang sering memanggil setiap hari.

YAB, Buat makluman, Puan Shamsidar sering mengatakan kepada kami bahawa Anwar Ibrahim itu adalah kekasihnya. Tetapi ketika itu, kami menganggap ianya sebagai satu gurauan atau mainan. Namun, kenyataan berbau syak-wasangka timbul seperti mengatakan bahawa Afifa anak bongsunya adalah anak Anwar Ibrahim. Jauh disudut hati kami ingin menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan